Dashing Pocket Eau De Toilette : Smell Great, Anytime, Anywhere

DASHING ANYTIME EDT


Assalamualaikum semua.

Minggu lepas tiba-tiba aku dapat bungkusan lagi, hihi. Amboi sekarang ni review produk penuh dengan kejutan taw!. Ok kali ni kejutan dari Dashing pulak. Tapi Dashing ni kan lebih kepada lelaki kan, so untung lah en.suami aku kan?. Dah tentu aku hadiahkan pada dia ha.

Wangian ni antara benda terpenting bagi lelaki maskulin selain bergaya kemas. Hangpa taw tak, ni pun salah satu hal yang sangat penting untuk menarik perhatian perempuan. Walaupun takda rupa takpa, asalkan jangan busuk, hahaha. Sebab dengan satu bau ja memang akan rosakkan personaliti hangpa sebagai lelaki maskulin.

So, wahai lelaki di luar sana, hangpa taw dah kan apa tarikan utama pada diri hangpa?. Dengan itu Dashing produk penjagaan diri lelaki & jugak merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki telah menghasilkan Dashing Anytime Edt. Hangpa taw tak yang bestnya packaging dia sangat lah comel & bersaiz poket. So senang lah hangpa nak bawak kemana-mana. Takda alasan untuk tidak wangi ya, hah gitu, hihi.

Dashing Anytime Edt

Aku dapat 1 kotak Dashing Pocket Eau De Toilete yang mengandungi 4 jenis pocket perfume. Hangpa boleh tukar-tukar bauan setiap hari. Siapa yang suka kumpul perfume tu, hah apa lagi tunggu?.

DASHING ANYTIME EDT DENGAN 4 VARIASI UNIK - COOL, HATRICK, ACTIVE & ULTIMATE KICK


Dashing Anytime Edt


ACTIVE
Khas untuk si jejaka lasak yang amat mengemari kehidupan serba aktif. Tampil yakin & bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender & Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

COOL
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti & daya penarik bagi si jejaka. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot & Galbanum dilapisi dengan wangian amber & kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang "cool" secara semulajadi dari dalam dirimu.

HATTRICK
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat & mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran citrus epal diadunkan bersama aroma bunga & calitan amber.

ULTIMATE KICK
Wangian yang dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti & gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden. Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla & suntikan haruman kayuan serta rempah.

Dashing Anytime Edt

Wangian yang paling aku suka baunya, ni dia Ultimate Kick!. Serious sedap ja baunya. Rasa nak sembur banyak-banyak dekat suami, haha. Hee, wanginya Ultimate Kick ni.

Harga setiap satu : RM7.00 (18ml)

Untuk maklumat lanjut:

Website : Dashing Malaysia

Facebook : Dashing

Instagram : @dashing_my

Aktiviti Masak Bubur Asyura Saudara Mara

MASAK BUBUR ASYURA SECARA BERGOTONG-ROYONG

Assalamualaikum semua.

Masar Bubur Asyura Bergotong Royong

Hari ni terbukti lagi keutuhan semangat kekeluargaan kami, haha. Aktiviti memasak bubur asyura dah berjaya kami laksanakan, cewah!!, hihi. Ya lah kan walaupun merancang last minit, tetap menjadi kan. Puas hati!. Bahan-bahan semua tuan rumah yang sediakan, aku dengan Mak & kakak-kakak aku sumbangkan tenaga ja, hihi.

Masar Bubur Asyura Bergotong Royong

Masar Bubur Asyura Bergotong Royong

Aktiviti bermula jam 2.30 petang dengan dimulai berkelah makan tengah hari beramai-ramai di rumah Tok Saudara aku ni di Kampung Sempeneh Batu Kurau. Makanan tengah hari pun disediakan oleh tuan rumah. Semoga Allah memurahkan rezeki tuan rumah ya. Aktiviti memasak bubur asyura kami buat secara bergotong-royong bermula dari persiapan tempat nak memasak sehinggalah kerja-kerja mengemas.

Aku rasa kan memang patut ada lagi aktiviti-aktiviti macam ni kan, demi untuk mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan kita. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan & mendapat keredhaan Yang Maha Esa. Syukur pada Mu Ya Allah, alhamdulillah.

Wangi Sepanjang Hari Dengan Haruman Enchanteur Stunning

HARUMAN BERPANJANGAN ENCHANTEUR STUNNING


Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Assalamualaikum, hai selamat petang semua. Kelmarin aku dapat box exclusive ni dari Enchanteur. Wah best taw bila dapat suprise-suprise macam ni, haha. Senyum sampai telinga!. Dan yang paling best, isi dekat dalam dia tu weh. Sampai ja rumah kelmarin aku terus buka sampul gdex tu. Bau harum semerbak satu rumah, hihi. Taw apa yang harum sangat tu?. Enchanteur Stunning hangpa!. Dapat set lengkap pulak tu. Happy sangat!.

HARUMAN BAHARU ENCHANTEUR, HARUMAN STUNNING


Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Enchanteur merupakan jenama wangian terkemuka & terkenal sejak berabad lamanya. Ianya haruman yang diinspirasikan dari Perancis & telah melancarkan semula rangkaian eau de toilette & penjagaan peribadi.

Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Sempena dengan pelancaran ni, satu haruman baharu yang sangat menarik dah diperkenalkan iaitu, Stunning. Wangian yang mempersona ni merupakan gabungan turkish rose & magnolia, & dah dipertingkatkan dengan kemanisan dari blackcurrant bud & raspberry. Ia jugak dicampur dengan kelembapan sandalwood.

Hangpa kalau pakai wangian Stunning ni kan mesti hangpa tertawan dengan aroma sensual ni. Aku sendiri pun tertawan dengan wangian ni taw!. Memang harum sangat. Haruman Stunning ni buatkan kita sebagai wanita merasa lebih istimewa & ianya dapat menyerlahkan lagi penampilan & personaliti kita.

Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Selain eau de toilette, variasi Stunning jugak hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran & bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut & harum sepanjang hari.

Enchanteur eau de toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala losyen Enchanteur jugak boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pulak hadir dalam pelbagai bentuk / format - stik, bebola & jugak semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40. Manakala bedak Enchanteur pulak berharga dari RM4.40 hingga 11.80.

Hangpa kalau nak taw macam mana wanginya haruman Stunning ni, hangpa kena lah cuba taw. Semua produk wangian serta produk penjagaan diri dari Enchanteur ni hangpa boleh dapatkan di semua rangkaian pasar raya & farmasi.

Untuk maklumat lanjut:

Website : Enchanteur

Facebook : EnchanteurMY

"Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian...", Author C.Joybell C.






Sebuah Perkahwinan

TENTANG PERKAHWINAN


Tentang kahwin

Kahwin bukan sekadar nak elak maksiat. Kahwin jugak bukan sebab kita dah lama kenal dia lepas tu kita kahwin dengan dia. Kahwin bukan sebab Mak Ayah paksa suruh kahwin, kita pun kahwin. Kahwin bukan sebab Pak Cik, Mak Cik sibuk asyik tanya bila nak kahwin. Kahwin is not just about loving each other. Is not about nak elak maksiat.

Ketahui lah bahawa nikah tu bukan hanya sekadar, 'Aku terima nikahnya' tapi nikah tu adalah tentang 'janji'. Janji yang kamu akan menjaga isteri kamu dengan sebaik yang mungkin. Berjanji akan memberi makan pakai kepada isteri kamu. Memberikan nafkah kepada isteri kamu. Baik nafkah zahir mahupun nafkah batin yang kamu wajib kena menunaikannya.

Nikah tu jugak adalah tentang 'amanah'. Amanah yang kamu ambil daripada Ayah si perempuan yang disaksikan oleh Allah Ta'ala. Perempuan tu adalah amanah daripada Allah SWT & pasti kelak nanti kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan kamu.

Nikah tu adalah tentang 'tanggungjawab'. Saat dia mula lalai, kau menegurnya dengan penuh belaian kasih sayang. Saat dia mula mengabaikan perintah Tuhan, kau menasihatinya dengan penuh kecintaan. Saat dia ada berbuat kesilapan kau memperbetulkan salah & silapnya.

Saat dia jatuh sakit, kamu rela berjaga malam, bersengkang mata demi menjaga & memastikan dia segera sembuh daripada sakit. Saat dia kelaparan, kamu memberi makan kepadanya sekali pun ketika tu kamu jugak tersangat lapar.

Kalau kamu yakin diri kamu seorang manusia yang boleh pegang amanah dengan sebaik mungkin, jaga amanah Allah tu dengan sebaik mungkin, silakan kamu bernikah. Kalau kamu cukup yakin diri kamu seorang yang bertanggungjawab, boleh jalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri yang baik sesuai tuntutan agama, maka silakan kamu bernikah.

Aku tak mampu nak melistkan segalanya kerana aku jugak belum banyak pengalaman di dalam alam pernikahan ni. Cuba lah kita bertanya  kepada orang yang telah lama berkahwin. Bertanya kepada Mak Ayah kita sebab depa dah melalui ujian demi ujian selama berkahwin.

Kepada yang dah berkira-kira hari menanti hari bahagia, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru semua. Dan kepada yang single lagi, selamat menikmati makan percuma. Makan kan bahagia jugak, haha.

Sumber:Muhammad Shafri