Zahra Love Heinz Pureed

Walaupun Zahra dah 10 bulan, aku still bagi dia makan solid food ni.Solid food yang jadi pilihan aku adalah Heinz Babies Pureed.Rasa dia ok lah.Sedap jugak..hihihi.Aku rasa dulu sebelum bagi Zahra makan.

 
ni antara pureed feveret Zahra..

So far, Zahra memang suka giler makan pureed Heinz.Enjoy tengok dia makan & kalau aku suap lambat sikit macam nak cari gaduh dengan aku.Marah-marah dia.Tak menyabar-nyabar.
Pagi lepas mandi aku bagi dia Farleys Rusk original flavor 2 keping, pon dia suka.
Aku ambil yang original flavor ja.Sebab kalau perisa lain tu dia ada add some sugar.Sebenarnya, apa ja makanan dari baby ke orang tua, kalau kita ambik secara berlebihan memang tak elok kan?

Petang aku bagi dia pureed Heinz ni.Berselera dia.Seriously aku rasa happy tengok dia makan macam tu.

tengok la tu, renyih la dapat makanan feveret dia tu..^_^
Tq Tok sebab sudi tolong suapkan Zahra makan..Manja Tok ni!!.
Sampai nak licin Zahra makan..kalau la Zahra boleh bagi taw apa yang dia rasa, mesti dia cakap"Tok, Zahra nak lagi..plezz..Zahra suka la makan makanan ni..sedap OoooOOO..pandai Bonda pilihkan makanan yang sesedap ni untuk Zahra..Tq Bonda.Love u"...

Aku kekadang tak nak share benda ni dengan orang.Sebab bila ada yang tanya aku bagi Zahra makan apa.Aku jawab jujur.Bagi pureed Heinz dengan Farley's Rusk.Apa?tu kan process food.Tak bagus.Kita kena bagi dia makan makanan yang kita buat sendiri.Process food pusing kud mana pon tetap tak bagus.Kalau baby tak nak, takpa.Cuba je.Lama-lama nanti dia makan lah.Lama tu, lama mana ye?Takkan lah sayur/buah pun ada bacteria?

Dah tu camna?Senyum.Sekali lagi.Semua mak nak yang terbaik untuk anak dia.Aku lagi suka tengok Zahra selera & enjoy makan sebab aku tak nak Zahra jadi phobia nak makan kalau aku buat home-made pureed.hahaha..takut nanti dia rasa, makan=tak bes.Dah tak nak makan, minum susu ja.Aku tak nak macam tu.

Aku  dah cuba bagi dia pureed yang aku buat sendiri dekat rumah, Zahra tak nak.Try buat bubur, bagi.Makan tapi tak banyak.Aku tak nak jadi keras kepala untuk cuba process food sampai anak aku jadi keding.Walaupun sekarang ni Zahra tu tak besar mana pun..hihi.Tapi kita dengan baby kan macam ada magic connection.Ikut kata hati ja & take note yang semua baby tak sama kan?Ia mungkin baik buat anak kita tapi tak untuk anak orang lain.Sebab tu ada baby yang alah pada susu ibu.Sedangkan susu ibu tu lah yang terbaik untuk baby kan?& baby kena consume susu lain supaya tak kelaparan.Macam lah jugak dengan si Zahra ni.Menolak saja kalau nak bagi pureed yang aku buat sendiri kat rumah.

Lega dah bila dapat belebe panjang-panjang macam ni.Kekadang takut ja nak up gambar apa-apa kat FB/Insta.Takut nanti kena sekolahkan dengan mak-mak lain pulak.Aku dah la cepat rasa down.Kekadang cara orang tegur tu macam kita tak sayang anak ja.

Sesiapa yang nak bagi process food kat anak dia, aku suggest bagi Heinz Pureed & jugak Farley's Rusk.Process food tak baik untuk baby kan?baca label dulu, buat research sikit.Pureed Heinz free dari pewarna/perisa tiruan & salt free.Siap di sterile.Jadi selamat untuk baby & bebas dari kuman.Selamat, InsyaAllah.

No comments