Pra Besday-Zahra 1 Tahun

Sambutan besday Zahra ni memang terkejut, tergempar lah.Mulanya tak rancang pun lagi nak buat dekat rumah.Memandangkan Zahra nak sambut besday dengan Babah nanti.Tapi tetiba Lala(mak menakan Zahra,iaitu kak ipaq aku) nak jugak sambut besday Zahra, juz a simple party dengan family.

So terjadi lah Pra Besday Zahra ni pada 13 November 2015, di rumah Opah Rokiah & Tok Wan Zahidin-mertua aku.

Taw pun dah lepas balik keja, mati aku kepenatan.So, yang dapat aku sediakan simple ja, nugget dengan kentang goreng.Lepas tu aku tiup belon sikit dengan bawak mainan untuk besday(macam trompet tu, kemain riuh depa duk tiup).M.cik Fiza(mak menakan Zahra, k.ipaq aku) bawak gula-gula.Suka lah depa, budak kan?.Opah Zahra goreng bihun.Lala Zahra beli kek pandan layer, siap ada itik seekor, haha.Aku suka sebab tak muak kek tu, tak berkrim.

Hadiah ja yang tak beli.Tunggu besday party dengan Babah ya?baru ada hadiah, hihi.Zahra macam blur ja, first time sambut besday kan?tapi macam happy jugak sebab ramai kawan.Bahagia tengok anak happy.Alhamdulillah.

Tak sempat nak amik gambar dengan Zahra pun.Zahra tak tentu arah nak pegang lilin dekat kek.Aku pulak tak tentu arah hidang, nak ambik gambar & nak tu, nak ni.Kelam kelibut.Wah susah jugak nak handle besday anak ni ya.Harap besday dengan Babah nanti dah rancang dengan baik, boleh berjalan dengan baik lah ya.

Apa pun terima kasih kakak ipaq, abang ipaq, biras, mak, ayah, & sepupu sepapat Zahra untuk besday party yang comel ni.Lebiu hampa semua❤.

Enjoy gambar kelabu huru hara ja lah ya.








1 comment

  1. alahai syg zahra... 1 year dah ye...
    moga membesar jadik anak yg solehah ye.
    sgt cantik kek zahra. berkenan acik aida :)

    ReplyDelete