Pengalaman Naik Komuter

Pengalaman Naik Komuter Ke Kedah.

Assalamualaikum semua.

Ni perjalanan yang agak gila, letih & mencabar, eceh ayat aku. Tapi aku akui, seronok jugak ya. Walau pun aku kena bersusah payah sikit. Nak balik Kedah minggu ni dirancang secara tak sengaja. Ni merupakan kali pertama aku naik komuter. Sebelum ni naik ETS tapi memandangkan hari tu tiket ETS dah habis, aku pun terpaksa lah naik komuter.
KTM Kamunting, Komuter
Takpa lah , aku boleh ja naik komuter dapat jugak aku merasa gegaran landasan tu, hihi. Macam best ja kan? Aku bertolak dari Kamunting pada jam  7.00 malam. Tak ramai penumpang dekat sini. Aku p sana dengan Zahra & anak saudara aku pun ada ikut sekali. Sekurang-kurangnya aku tak sunyi lah sepanjang perjalanan ni kan.
KTM Kamunting, Komuter

KTM Kamunting, Komuter
Perjalanan agak tenang. Pemandangan sepanjang perjalanan agak biasa-biasa. Sampai ja dekat stesyen Bukit Mertajam, kami kena tukar komuter untuk ke destinasi kami seterusnya. Aku sampai di Bukit Mertajam dalam pukul 8 malam. Penumpang mula ramai naik komuter di stesyen ni. Tempat duduk mula penuh & ramai yang berdiri. Semakin menghampiri Padang Besar, semakin ramai penumpang menaiki komuter. Rasa macam kurang selesa jugak kan bila dah terlalu pack ni kan.
KTM Kamunting, Komuter
Komuter yang aku naik ni singgah beberapa minit di beberapa stesyen penting. Kebanyakan stesyen komuter merupakan stesyen-stesyen yang dah diperbaharui. Sesekali kami berselisih dengan komuter lain yang nak ke selatan. Terasa jugak gegarannya. Takut jugak rasa dihati ni, hihi.

Akhirnya lepas dah tempuh perjalanan atas landasan selama 2 jam lebih, aku sampai ke Kedah pada jam 9.30 malam. Wah, ni lah kali pertama aku naik komuter. Ok jugak naik komuter ni. Tak jauh beza dengan ETS. Cuma ETS lebih selesa & laju sikit kud, haha. Sampai ja dekat sana, kakak ipar aku dah ada tunggu aku sampai. Cuba naik komuter rupanya best jugak ya!!.

No comments