Selamat Hari Lahir Syuhaina Atikah

Selamat Hari Lahir ke 26.

Aku selalu bertanya "What did i do to deserve my beautiful family?". Dan aku selalu jawab dengan segala kemungkinan berdasarkan kebarangkalian benda-benda baik aku pernah buat walau sekecil mana. Memikirkan tu jadi penyebab aku ditakdirkan dengan mereka berdua.
Hari ni aku ada jawapan baru. "What did i do?". "Nothing". I dont deserve to be this happy. 

Tapi tu lah dia baiknya Allah. Segala apa kebaikan dalam dunia ni untuk kita. Segalanya kerana baiknya Allah pada kita yang hakikatnya selalu lupa dia. Selalu lupa sampai kita lebih sayangkan hadiah-hadiah Allah bagi berbanding Allah sendiri. Padahal tanpa Allah, kita takkan ada walau sezarah isim sekali pun.

Kalau ikut ibadah, i dont deserve to be this happy. Tapi nasib baik lah semua perkara dalam dunia ni ikut kehendak Allah. Dia sudi bagi apa dia nak bagi. Maka tak ka lebih cantik untuk aku jauh lebih bersyukur? Macam kita kerja tak ikhlas malahnya malas, tapi boss tetap bagi gaji tinggi & belanja sana sini. Haih. Malu sangat.

Terima kasih, wahai Allah, kerana kau anugerahkan kami semua kehidupan yang baik-baik walau kami tak baik mana. Terima kasih kerana sudi memberi peluang setiap esok hari kami untuk mencuba menjadi yang lebih baik dari tadi.

Semoga kami teguh menjadi hamba-hamba yang bersyukur. Apa adanya. Kerana ni pun dah kira berlebih-lebih & kau lebih taw apa yang selayaknya untuk kami, namun tetap kami kau kasihani. Engkau, ya Allah, sebenar-sebenarnya Maha Kasih & Pengampun.

Apa lagi yang aku perlu? Jiwa aku yang dulu berkecai sekarang dah terjahit setiap percanya. Cinta aku yang dulu terabai sekarang dah terjulang setiap adanya. Ya Allah, terima kasih sebab sentiasa bagi aku masa.

Apa lagi yang perlu aku nak? Takda. Cukup apa adanya. Dah sempurna.

Selamat Hari Lahir Syuhaina Atikah.

No comments