Handbag Sembonia Bergaya Moden

Handbag Sembonia Tampil Lebih Bergaya, Muda, & Berkeyakinan.


Assalamualikum semua. Kali ni aku nak cerita pasal handbag lah. Hangpa semua kena tutup mata nanti tergoda, lepas tu nak shopping, aku tak taw, haha. Ish, kita orang perempuan ni kan memang tak boleh lari dengan handbag kan?. Alah, macam orang lelaki lah yang tak boleh lari dari kereta ka game kan? Siap modified, hias kereta bagai tu, memang high maintenance lah. Tapi handbag perempuan murah ja. (padahal ada ja yang mahal macam nak pengsan, huhu). Kali ni aku nak share some of the brands yang aku taw.

Pernah dengar jenama Sembonia? Jenama Sembonia ni memang dah lama dikenali ramai di Malaysia dan kini kembali dengan koleksi yang baru!. Kalau hangpa masih tak taw apa Sembonia, jom kita baca dulu apa sebenarnya Sembonia ni.

handbag verstail, backpack, cluth, handbag kulit berkualiti


Sejak tahun 1994 (ya dah lama ok!), Sembonia mula dipasarkan di Malaysia & amat diminati. Sebab jenama ni menjual pelbagai jenis barangan kulit berkualiti tinggi untuk wanita & jugak lelaki. Selain daripada barangan kulit asli, Sembonia jugak memperkenalkan produk yang diperbuat daripada kulit sintetik yang lebih mampu untuk dimiliki. So, amat sesuai untuk para lelaki jadikan Sembonia ni sebagai hadiah untuk pasangan mereka. Wah!!.

Orang lelaki kalau hangpa hadiahkan handbag untuk perempuan, aku rasa tu lah antara benda yang paling manis dalam hidup depa. Handbag is the perfrct gift ever, ceh gitu, haha. Pada pandanga aku lah. Lain orang lain tastenya tapi ramai perempuan dekat luar sana sukakan handbag!. Siapa suka handbag, angkat tangan!.

Beg wanita yang Sembonia keluarkan ni semuanya cantik-cantik belaka. Reka bentuknya mengikut peredaran masa & sangat mudah untuk digayakan. Kalau hangpa seorang yang suka pakaian jenis simple & sweet tapi masih nak tampil kelihatan anggun, hangpa disyorkan untuk memiliki satchel bag[1]  Sembonia. Beg jenis satchel ni mempunyai jualan paling laris sebab reka bentuknya yang amat versatil. Saiz ukuran tak kecil sangat & jugak tak terlebih besar. Sememangnya lebih mudah untuk membawa beg jenis satchel ni ke mana jua hangpa p.

handbag verstail, backpack, cluth, handbag kulit berkualiti


handbag verstail, backpack, cluth, handbag kulit berkualiti

handbag verstail, backpack, cluth, handbag kulit berkualiti


handbag verstail, backpack, cluth, handbag kulit berkualiti

Nak tampil lebih bergaya, muda & berkeyakinan? Dapatkan beg Sembonia backpack ni yang boleh dibawa untuk membeli belah bersama family atau sebagai hadiah terbaik untuk anak remaja hangpa yang tersayang. Depa yang muda tentunya lebih meminati beg macam ni sebab ia nampak lebih trendy untuk zaman depa. Tapi jangan segan pulak nak pakai backpack ni kalau hangpa dah lebih berumur sebab backpack Sembonia ni direka untuk dipakai oleh wanita tanpa mengira usia. So, lepas ni boleh lah cuba stail baru!

handbag verstail, backpack, cluth, handbag kulit berkualiti



Okay, akhir sekali aku nak memperkenalkan satu lagi aksesori beg Sembonia untuk wanita iaitu clutch. Beg jenis clutch ni sesuai dipakai semasa hangpa p ke acara macam majlis makan malam atau majlis perkahwinan. Apa ja acara yang glam mesti lah pakai clutch sebab cukup untuk muat barangan penting ja. Tapi kalau rasa nak bawa lebih banyak sikit barang, pilih crossbody bag yang besar sikit daripada clutch.

Dah dapat tips tentang beg Sembonia? Tunggu apa lagi, boleh lah mula tengok apa yang ada. Sekarang jugak taw!. Yang mana satu pilihan kalbu, tepuk dada tanya selera. Fuh panjang sungguh kalau cerita pasal handbag ni ya, hihi.

4 comments